Sabtu, 24 Oktober 2015

AL FATIHAH

Al fatihah buat sepupuku ...Mohd Shazril Hafidz b. Mohd Faisal yg kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 23 Oktober 2015 bersamaan 10 Muharram 1437h pada jam 10 pagi . Allahyarham disahkan mengidap denggi berdarah. Dimasukkan ke icu hospital Klang pada pagi Rabu 21 Oktober.

Beliau pergi diusia yg muda...39 tahun. Meninggalkan 5 org anak yg masih kecil yang memerlukan kasih sayang dan belaian seorng bapa. Anak yg kecil baru berusia 3 bulan. Semoga isteri dan anak2mu tabah menjalani kehidupan seharian tanpa seorang yang bergelar papa. Allah bersama mereka ril. Walaupun kita tidak begitu rapat..tetapi pemergianmu merupakan satu kehilangan. Waktu kecil kita bermain bersama-sama bila pulang ke kampung. Ternyata kaulah sepupuku yg pertama pergi mengadap Allah. Ternyata DIA lebih menyayangimu.



Semoga kau tenang disana dan ditempatkan bersama org yang beriman. Aminn...






Ahad, 23 Ogos 2015

AL FATIHAH

Al fatihah buat bapa mertuaku Shariff bin Samin yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat yg mulia pd tarikh 21 Ogos 2015  jam 11.30 pagi. Bapa pergi di usia 75 tahun selepas dimasukkan ke hospital Sabak Bernam selama hampir 2 minggu. Setelah dibawa pulang ke rumah selama hampir 2 minggu bapa menghembuskan nafas yang terakhir. Syukur Alhamdulillah..Allah beri kami peluang utk bertemu bapa buat kali terakhir...sama juga mcm aruah mak dulu..kami juga yg berada disisinya disaat allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir. Walaupun jarak begitu jauh..Allah tetap aturkan yg terbaik buat kami sekeluarga. Petang Khamis 20 Ogos kami bertolak balik ke kampung dari Alor Setar ke Kampung Sungai Samak, Perak. Perjalanan mengambil masa hampir 6 jam. Kami tiba hampir pukul 10 mlm. Keadaan bapa masih mcm tu juga...tak bergerak..mata pun dh tak buka. Mlm tu juga kami membaca yasin buat bapa agar Allah permudahkan segalanya. Akhirnya pagi jumaat yg mulia..bapa pergi meninggalkan kami semua. Jenazah dikebumikan disebelah mak pada jam 4 ptg. Semoga bapa ditempatkan bersama org2 beriman. Aminn...






Isnin, 30 Jun 2014

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2014

 
Puteri ketiga kami…Raihana Bt. Abdul Malik mendapat hadiah anugerah kecemerlangan tempat ketiga kelas 1 Wawasan. Tahniah Kak Chik…semoga terus berjaya dalam segala bidang yang diceburi. Hari anugerah ini telah diadakan pada 26 Jun 2014.



Hadiah disampaikan oleh Encik Jafri.

 
Abah naik ke pentas bersama Kak Chik

 
Bersama abah.
 
Bersama ibu.
 
 
 
 
 
 

Jumaat, 15 November 2013

RAIHANA'S GRADUATION DAY

Majlis graduasi Pra Sekolah Daerah Kota Setar bg Tahun 2013 telah di adakan pada 12 November di Dewan Gemilang, Darulaman Golf & Country Club. Majlis diadakan pada waktu petang. Pukul 2 ptg hujan lebat sangat. Murid2 pergi naik bas dgn cikgu. Aku pergi dengan liza...naik kereta. Kesian budak2 tu.. pukul 2 ptg dh sampai...pukul 5 baru sampai turn depa utk ambik segulung sijil. sementara menunggu tu sempat dulu berposing kat swimming pool.
 
 
 
 
Nana bersama kawan2

Bersama ibu


 
 
 
 
 

Ahad, 10 Mac 2013


AL-FATIHAH BUAT BABA

Baba menghembuskan nafas terakhirnya pada tarikh 7 Mac 2013 bersamaan 24 Rabiul Akhir 1434 Hijrah pada hari Khamis jam 4.15 petang di icu Putra Medical Centre, Alor Setar pada usia 70 tahun. Jenazah di bawa pulang ke rumah adik di Taman Meranti , Alor Setar dan disemadikan di Masjid Derga bersama2 ibubapa dan sanak saudaranya.

Photo: Semakin hari semakin rindu!!!

13 Mac 2013 -- Baba, hari ini genap tujuh hari pemergianmu. Pantas masa berlalu, namun rinduku padamu tidak pernah padam, semakin hari semakin membara. Di setiap langkahku pasti teringatkanmu.. Pada setiap tidur dan jagaku, kenangan bersama mu sering bertamu. Hanya pusaramu ini tempat kami melepaskan rindu. 
Buat adik2ku di sana, ziarahilah pusara baba pada setiap kesempatan yg ada, mekarkanlah dgn taburan bunga dan segarkanlah dgn ayat2 suci dan doa untuk baba kita yg tercinta..jangan sesekali melupakannya. Semoga baba aman dan bahagia di sana.. Ya Allah...aku sangat rindukan baba!!!! Alfatihah...
PUSARA BABA

Masih terbayang detik dan saat itu.....baba menghembuskan nafas yg terakhir. Lebih kurang pkl 3 ptg aku terima panggilan telefon mengatakan yg baba kritikal & dktr suruh bagitau anak2 ( waktu tu baru ja balik dr pmc..tapi x dan jmpa baba sbb dktr bw p cuci darah dr pkl 12 tghri. Sblm balik nurse kata baba kat icu..akupun terus ke icu tp x boleh tgk sbb rmai nurse & dktr d situ. Nurse suruh tnggu kat luar dulu). Sampai sj kat icu aku terus menuju ke katil baba. Dktr beritahu baba kena serangan jantung sblm sempat cuci darah. Aku bergegas keluar ..adik2ku dipanggil masuk ke icu. Dktr beritahu jntung baba dah tak kembang & minta kami tnggu kat luar sbb nak buat ecg. Lepas kami dipanggil masuk, dktr tunjuk result ecg..ternyata graf jantung amat sedikit sekali. Dktr masukkan oksigen terus ke paru2 baba . Nurse bg surah yasin utk aku baca. Ketika itu adikku Yasir membisikkan sesuatu dan membaca kalimah syahadah ke telinga baba.Sambil membaca yasin..mataku asyik melihat mesin yg mencatatkan denyutan nadi & oksigen. belumpun sempat aku menghabiskan bacaan yasin..pergerakkan nadi baba sudah terhenti...Allah lebih menyayanginya..aku meneruskan bacaan yasin hingga ayat yg terakhir. Selesai sudah semua urusan.. aku mengiringi jenazah baba utk dibawa pulang kerumah adikku. Sebaik saja jenazah disorong keluar dr pintu PMC.. hujan rintik2 membasahi bumi dan mengiringi perjalanan terakhir baba kerumah. Aku menemani baba didalam van jenazah. Sayu sgt waktu itu....inilah kali terakhir aku bersama2 baba. Baba pergi dlm usia 70 tahun. Baba...kami semua terlalu merinduimu...Semoga baba bahagia di sana....



Sabtu, 1 Disember 2012

AGAR-AGAR PELANGI

 Cuti-cuti sekolah camni banyak waktu terluang.... teringin nak masak agar-agar lapis. So…hasil drpd men’google’ dan telah diubahsuai , maka inilah agar-agar lapis pelangi yang berjaya aku hasilkan. First time cuba…nasib baik menjadi..Anak2 pun suka, abang…mcm tak percaya..ha ha ha..
IMG_4465IMG_4464IMG_4458
Agar-agar Pelangi
Bahan A
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
1000 ml air
6 helai daun pandan

Bahan B
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
200 ml santan kotak + 800 ml air (aku guna susu cair jer..pastikan jumlah cecair semua 1000 ml)
secubit garam
pewarna
Cara-cara
1. Masak bahan A hingga mendidih. Biarkan atas api yg kecil.
2. Masak bahan B hingga mendidih. Biarkan atas api yang kecil.
3. Asingkan 200 ml agar-agar B dan titiskan warna.
4. Tuangkan ke dalam bekas.
5. Tunggu sehingga hampir keras, tuangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar-agar A yg dititiskan warna yg sama sprti No 3. Sebelum tu..garis2kan permukaan agar2 dengan garpu supaya ia melekat.
6. Ulangi proses dengan warna yg lain pula.
7. Setelah selesai..masukkan ke dalam peti sejuk.
                 ~ SELAMAT MENCUBA ~

Khamis, 29 November 2012

ANAK-ANAKKU

IMG_3421

Andai bintang boleh dipetik,pasti ibu segera memetiknya buatmu Nak, agar hidup anakku terus bersinar.

Andai nyawa boleh bertukar ganti,pasti ibu berikan nyawa ibu pdmu Nak, agar anakku terus bernafas.Ibu syg sgt pd anak-anak. Anak2 pula bagaimana?Adakah hati ibu yg suci ini, disakiti? Ibu & abah rela bekerja biar pun penat tak terperi,demi kasih pd anak agar masa depan anak terjamin.

DSCN0699DSCN2870

Anakku yang ku kasihi…
Tanpa disadari oleh kita masa berlalu terlalu cepat dan kau yang ketika dulu masih kecil, manja dalam pelukan ibu, kini telah menjadi gadis remaja dan telah mula belajar arti kehidupan. Zaman yang kau lalui dan alami kini adalah zaman yang penuh pancaroba, penuh dugaan dan cobaan. Cobaan yang sering mengganggu iman dan hatimu, perasaan dan nafsumu, kewibawaan dan tugas-tugasmu. Ketika inilah kau ingin merasakan semua keadaan, semua kenikmatan hidup. Kau ingin menjadi manusia yang dipuja dan disanjung banyak orang. Kau ingin disayangi dan menyayangi.

Anakku sayang,
Jika tiada iman, nescaya lunturlah segala kekuatan, hancurlah segala kebaikan . Oleh itu, ibu berpesan agar engkau berhati-hati dalam berfikir dan bertindak, batasilah kehendakmu dengan rasa takut pada Allah karena tidak ada orang yang tidak dicatat amal dosanya, tidak ada orang yang dikecualikan, termasuk kau. Pernah seorang soleh berkata,”seorang remaja jika dapat melalui ujian dan dugaan hidupnya dengan baik, tenang dan penuh kebaikan, mampu menolak kehendak-kehendak nafsu, maka percayalah dia manusia yang paling berjaya selama hidupnya. Manakala seorang pemuda yang gagal menggunakan masa remajanya untuk mencari kebaikan, rugilah ia dan celakalah hidupnya esok dan yang akan datang”.

DSCN0629DSCN1091

Wahai Anakku…
Wanita itu dijadikan Allah dengan dipenuhi keindahan, unik dan menakjubkan. Pandai-pandailah kau hargai nikmat yang telah diberikan itu. Jikapun kau cantik, jangan biarkan kau dikuasai rasa takjub, bangga atas keindahan wajahmu. Masih banyak orang yang mempunyai kelebihan diatas mu. Jangan kau permainkan perasaan lelaki atas kejelitaan wajahmu.
Jagalah, syukurilah dan takutlah kepada Allah atas balasan azab yang dijanjikan untuk mereka yang berdosa. Jagalah auratmu sentiasa terutama apabila berurusan dengan lelaki. Tanamkan rasa malu di hatimu. Tanamkan sifat sombong dan penakut pada lelaki yang bukan muhrimmu. Biarlah kau dipandang mata tidak secantik bunga lily yang bangun bagai pelangi di cakrawala asalkan kau dapat pertahankan sebutan sebagai wanita solehah di sisi Allah. Dan tentunya kau dipandang paling cantik di sampingNya.

Wahai Anakku Sayang…
Sabarlah dalam melaksana perintah-perintah Allah biarpun kau merasakan beratnya . Setiap petunjuk Allah itu tak ada yang sia-sia. Sesungguhnya Allah tak pernah memberati hambaNya apalagi menzaliminya. Sabar yang kau lakukan nescaya dilihat Allah, dan Dia pastinya akan mengurniakan buatmu ganjaran pahala yang besar. Tanamkan rasa kasih pada Allah wahai anakku. Bila kau menyayangi seseorang, tentunya segala perintahnya akan kau turuti tanpa bantahan. Begitulah dengan perintah Allah, turutilah wahai anakku, ikutilah tanpa protes. Moga kau dikurniakan kekuatan untuk mengikut langkah-langkah yang diredhai Allah. Itulah doa dan harapan abah dan ibu..