Sabtu, 24 Oktober 2015

AL FATIHAH

Al fatihah buat sepupuku ...Mohd Shazril Hafidz b. Mohd Faisal yg kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 23 Oktober 2015 bersamaan 10 Muharram 1437h pada jam 10 pagi . Allahyarham disahkan mengidap denggi berdarah. Dimasukkan ke icu hospital Klang pada pagi Rabu 21 Oktober.

Beliau pergi diusia yg muda...39 tahun. Meninggalkan 5 org anak yg masih kecil yang memerlukan kasih sayang dan belaian seorng bapa. Anak yg kecil baru berusia 3 bulan. Semoga isteri dan anak2mu tabah menjalani kehidupan seharian tanpa seorang yang bergelar papa. Allah bersama mereka ril. Walaupun kita tidak begitu rapat..tetapi pemergianmu merupakan satu kehilangan. Waktu kecil kita bermain bersama-sama bila pulang ke kampung. Ternyata kaulah sepupuku yg pertama pergi mengadap Allah. Ternyata DIA lebih menyayangimu.



Semoga kau tenang disana dan ditempatkan bersama org yang beriman. Aminn...






Ahad, 23 Ogos 2015

AL FATIHAH

Al fatihah buat bapa mertuaku Shariff bin Samin yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat yg mulia pd tarikh 21 Ogos 2015  jam 11.30 pagi. Bapa pergi di usia 75 tahun selepas dimasukkan ke hospital Sabak Bernam selama hampir 2 minggu. Setelah dibawa pulang ke rumah selama hampir 2 minggu bapa menghembuskan nafas yang terakhir. Syukur Alhamdulillah..Allah beri kami peluang utk bertemu bapa buat kali terakhir...sama juga mcm aruah mak dulu..kami juga yg berada disisinya disaat allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir. Walaupun jarak begitu jauh..Allah tetap aturkan yg terbaik buat kami sekeluarga. Petang Khamis 20 Ogos kami bertolak balik ke kampung dari Alor Setar ke Kampung Sungai Samak, Perak. Perjalanan mengambil masa hampir 6 jam. Kami tiba hampir pukul 10 mlm. Keadaan bapa masih mcm tu juga...tak bergerak..mata pun dh tak buka. Mlm tu juga kami membaca yasin buat bapa agar Allah permudahkan segalanya. Akhirnya pagi jumaat yg mulia..bapa pergi meninggalkan kami semua. Jenazah dikebumikan disebelah mak pada jam 4 ptg. Semoga bapa ditempatkan bersama org2 beriman. Aminn...