Sabtu, 24 Oktober 2015

AL FATIHAH

Al fatihah buat sepupuku ...Mohd Shazril Hafidz b. Mohd Faisal yg kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 23 Oktober 2015 bersamaan 10 Muharram 1437h pada jam 10 pagi . Allahyarham disahkan mengidap denggi berdarah. Dimasukkan ke icu hospital Klang pada pagi Rabu 21 Oktober.

Beliau pergi diusia yg muda...39 tahun. Meninggalkan 5 org anak yg masih kecil yang memerlukan kasih sayang dan belaian seorng bapa. Anak yg kecil baru berusia 3 bulan. Semoga isteri dan anak2mu tabah menjalani kehidupan seharian tanpa seorang yang bergelar papa. Allah bersama mereka ril. Walaupun kita tidak begitu rapat..tetapi pemergianmu merupakan satu kehilangan. Waktu kecil kita bermain bersama-sama bila pulang ke kampung. Ternyata kaulah sepupuku yg pertama pergi mengadap Allah. Ternyata DIA lebih menyayangimu.



Semoga kau tenang disana dan ditempatkan bersama org yang beriman. Aminn...