My little Z…Muhammmad Zarif Fayyadh bin Abdul Malik dilahirkan pada 18
Januari 2012 pada jam 9.10 pagi hari Rabu. Pukul 12 malam tu air ketuban pecah..
Terus bangun dan mandi. Sempat lagi minum air milo secawan. Selepas tu dalam
pukul 2 pagi abang bawaku ke Putra Medical Center (PMC) Alor Setar. Sampai saja
disana aku terus dimasukkan ke labour room. Dalam pukul 7 lebih baru doktor
sampai..Doktor Anuar ..Doktor jangka aku akan bersalin pada jam 10.00 pagi. Baru
pukul 8.00 lebih dah terasa sakit nak bersalin…terus suruh abang panggilkan
nurse. Nurse pun mula sibuk telefon doktor. Sebaik saja doktor tiba, akupun
terus bersalin. Doktor menyambut kedatangan ahli baru dengan diiringi azan.
Sebaik saja baby keluar..doktor pun menunjukkan baby kepadaku.
Alhamdulillah…baby boy..gembira sangat setelah hampir 16 tahun menunggu
kehadiran baby lelaki. Terimakasih abang kerana sudi menemaniku bersalin kali
ini. Inilah kali pertama abang bersamaku di dalam labour room. Sebenarnya abang
menemaniku ketika sakit…tapi tak sempat nak keluar bila tiba-tiba aku dah nak
bersalin. Nasib baik abang tak pengsan..dapat juga pengalaman melihat seorang
isteri melahirkan anak yang ke 4. Anak yg last..dpt juga tengok yer..
Baby boy kami..
Muhammad Zarif Fayyadh bin Abdul Malik
Zarif - Berjenaka
Fayyadh - Pemurah
 |
| scan 4D ketika kandungan berusia 8 bulan.. |