Al fatihah buat bapa mertuaku Shariff bin Samin yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat yg mulia pd tarikh 21 Ogos 2015 jam 11.30 pagi. Bapa pergi di usia 75 tahun selepas dimasukkan ke hospital Sabak Bernam selama hampir 2 minggu. Setelah dibawa pulang ke rumah selama hampir 2 minggu bapa menghembuskan nafas yang terakhir. Syukur Alhamdulillah..Allah beri kami peluang utk bertemu bapa buat kali terakhir...sama juga mcm aruah mak dulu..kami juga yg berada disisinya disaat allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir. Walaupun jarak begitu jauh..Allah tetap aturkan yg terbaik buat kami sekeluarga. Petang Khamis 20 Ogos kami bertolak balik ke kampung dari Alor Setar ke Kampung Sungai Samak, Perak. Perjalanan mengambil masa hampir 6 jam. Kami tiba hampir pukul 10 mlm. Keadaan bapa masih mcm tu juga...tak bergerak..mata pun dh tak buka. Mlm tu juga kami membaca yasin buat bapa agar Allah permudahkan segalanya. Akhirnya pagi jumaat yg mulia..bapa pergi meninggalkan kami semua. Jenazah dikebumikan disebelah mak pada jam 4 ptg. Semoga bapa ditempatkan bersama org2 beriman. Aminn...
