Sabtu, 1 Disember 2012

AGAR-AGAR PELANGI

 Cuti-cuti sekolah camni banyak waktu terluang.... teringin nak masak agar-agar lapis. So…hasil drpd men’google’ dan telah diubahsuai , maka inilah agar-agar lapis pelangi yang berjaya aku hasilkan. First time cuba…nasib baik menjadi..Anak2 pun suka, abang…mcm tak percaya..ha ha ha..
IMG_4465IMG_4464IMG_4458
Agar-agar Pelangi
Bahan A
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
1000 ml air
6 helai daun pandan

Bahan B
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
200 ml santan kotak + 800 ml air (aku guna susu cair jer..pastikan jumlah cecair semua 1000 ml)
secubit garam
pewarna
Cara-cara
1. Masak bahan A hingga mendidih. Biarkan atas api yg kecil.
2. Masak bahan B hingga mendidih. Biarkan atas api yang kecil.
3. Asingkan 200 ml agar-agar B dan titiskan warna.
4. Tuangkan ke dalam bekas.
5. Tunggu sehingga hampir keras, tuangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar-agar A yg dititiskan warna yg sama sprti No 3. Sebelum tu..garis2kan permukaan agar2 dengan garpu supaya ia melekat.
6. Ulangi proses dengan warna yg lain pula.
7. Setelah selesai..masukkan ke dalam peti sejuk.
                 ~ SELAMAT MENCUBA ~

Khamis, 29 November 2012

ANAK-ANAKKU

IMG_3421

Andai bintang boleh dipetik,pasti ibu segera memetiknya buatmu Nak, agar hidup anakku terus bersinar.

Andai nyawa boleh bertukar ganti,pasti ibu berikan nyawa ibu pdmu Nak, agar anakku terus bernafas.Ibu syg sgt pd anak-anak. Anak2 pula bagaimana?Adakah hati ibu yg suci ini, disakiti? Ibu & abah rela bekerja biar pun penat tak terperi,demi kasih pd anak agar masa depan anak terjamin.

DSCN0699DSCN2870

Anakku yang ku kasihi…
Tanpa disadari oleh kita masa berlalu terlalu cepat dan kau yang ketika dulu masih kecil, manja dalam pelukan ibu, kini telah menjadi gadis remaja dan telah mula belajar arti kehidupan. Zaman yang kau lalui dan alami kini adalah zaman yang penuh pancaroba, penuh dugaan dan cobaan. Cobaan yang sering mengganggu iman dan hatimu, perasaan dan nafsumu, kewibawaan dan tugas-tugasmu. Ketika inilah kau ingin merasakan semua keadaan, semua kenikmatan hidup. Kau ingin menjadi manusia yang dipuja dan disanjung banyak orang. Kau ingin disayangi dan menyayangi.

Anakku sayang,
Jika tiada iman, nescaya lunturlah segala kekuatan, hancurlah segala kebaikan . Oleh itu, ibu berpesan agar engkau berhati-hati dalam berfikir dan bertindak, batasilah kehendakmu dengan rasa takut pada Allah karena tidak ada orang yang tidak dicatat amal dosanya, tidak ada orang yang dikecualikan, termasuk kau. Pernah seorang soleh berkata,”seorang remaja jika dapat melalui ujian dan dugaan hidupnya dengan baik, tenang dan penuh kebaikan, mampu menolak kehendak-kehendak nafsu, maka percayalah dia manusia yang paling berjaya selama hidupnya. Manakala seorang pemuda yang gagal menggunakan masa remajanya untuk mencari kebaikan, rugilah ia dan celakalah hidupnya esok dan yang akan datang”.

DSCN0629DSCN1091

Wahai Anakku…
Wanita itu dijadikan Allah dengan dipenuhi keindahan, unik dan menakjubkan. Pandai-pandailah kau hargai nikmat yang telah diberikan itu. Jikapun kau cantik, jangan biarkan kau dikuasai rasa takjub, bangga atas keindahan wajahmu. Masih banyak orang yang mempunyai kelebihan diatas mu. Jangan kau permainkan perasaan lelaki atas kejelitaan wajahmu.
Jagalah, syukurilah dan takutlah kepada Allah atas balasan azab yang dijanjikan untuk mereka yang berdosa. Jagalah auratmu sentiasa terutama apabila berurusan dengan lelaki. Tanamkan rasa malu di hatimu. Tanamkan sifat sombong dan penakut pada lelaki yang bukan muhrimmu. Biarlah kau dipandang mata tidak secantik bunga lily yang bangun bagai pelangi di cakrawala asalkan kau dapat pertahankan sebutan sebagai wanita solehah di sisi Allah. Dan tentunya kau dipandang paling cantik di sampingNya.

Wahai Anakku Sayang…
Sabarlah dalam melaksana perintah-perintah Allah biarpun kau merasakan beratnya . Setiap petunjuk Allah itu tak ada yang sia-sia. Sesungguhnya Allah tak pernah memberati hambaNya apalagi menzaliminya. Sabar yang kau lakukan nescaya dilihat Allah, dan Dia pastinya akan mengurniakan buatmu ganjaran pahala yang besar. Tanamkan rasa kasih pada Allah wahai anakku. Bila kau menyayangi seseorang, tentunya segala perintahnya akan kau turuti tanpa bantahan. Begitulah dengan perintah Allah, turutilah wahai anakku, ikutilah tanpa protes. Moga kau dikurniakan kekuatan untuk mengikut langkah-langkah yang diredhai Allah. Itulah doa dan harapan abah dan ibu..

Ahad, 4 Mac 2012

JEJAK KASIH


Petang Jumaat 10 Februari 2012 ..terima panggilan telefon dari cikgu Zu mengatakan beliau sekeluarga berada di Alor Setar (kenduri kahwin anak saudaranya). Akupun menjemput mereka dtg ke rumah memandangkan aku baru 24 hari bersalin. Kira2 pukul 9.00 mlm mereka tiba dirumahku berpandukan alamat yg diberi. Sejak bertukar dari Chuchoh Puteri, Kuala Krai….inilah first time kami berjumpa semula….last jumpa tahun 1996…dah 16 tahun lamanya…rasa mcm baru sebulan tak jumpa. Seronok sgt..tak dpt digambarkan dgn perkataan. Terima kasih cikgu Zu kerana sudi menjenguk kami sekeluarga.
IMG_0114
Cikgu Zuraidi & Nik Nab bersama 3 org anak mereka. Anak sulung ..Amir Aiman tak dpt datang.
IMG_0112IMG_0122IMG_0110

Khamis, 2 Februari 2012

PUTERA TUNGGALKU...

My little Z…Muhammmad Zarif Fayyadh bin Abdul Malik dilahirkan pada 18 Januari 2012 pada jam 9.10 pagi hari Rabu. Pukul 12 malam tu air ketuban pecah.. Terus bangun dan mandi. Sempat lagi minum air milo secawan. Selepas tu dalam pukul 2 pagi abang bawaku ke Putra Medical Center (PMC) Alor Setar. Sampai saja disana aku terus dimasukkan ke labour room. Dalam pukul 7 lebih baru doktor sampai..Doktor Anuar ..Doktor jangka aku akan bersalin pada jam 10.00 pagi. Baru pukul 8.00 lebih dah terasa sakit nak bersalin…terus suruh abang panggilkan nurse. Nurse pun mula sibuk telefon doktor. Sebaik saja doktor tiba, akupun terus bersalin. Doktor menyambut kedatangan ahli baru dengan diiringi azan. Sebaik saja baby keluar..doktor pun menunjukkan baby kepadaku. Alhamdulillah…baby boy..gembira sangat setelah hampir 16 tahun menunggu kehadiran baby lelaki. Terimakasih abang kerana sudi menemaniku bersalin kali ini. Inilah kali pertama abang bersamaku di dalam labour room. Sebenarnya abang menemaniku ketika sakit…tapi tak sempat nak keluar bila tiba-tiba aku dah nak bersalin. Nasib baik abang tak pengsan..dapat juga pengalaman melihat seorang isteri melahirkan anak yang ke 4. Anak yg last..dpt juga tengok yer..
 
 
Baby boy kami..
Muhammad Zarif Fayyadh bin Abdul Malik
Zarif - Berjenaka
Fayyadh - Pemurah

scan 4D ketika kandungan berusia 8 bulan..